Wednesday, 20 July 2011

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SMV SANDAKAN





KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SANDAKAN


1.Huruf K.P.J bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.
2. Bulatan berbentuk mata melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.
3. Warna merah melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.
4. Warna biru melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli.
5. Warna kuning melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara.
6. Latar belakang putih melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah.



Tema : Mencegah Lebih Baik Daripada Memerangi
Moto : Sahsiah Mampan Prestasi Gemilang



Misi
Kelab Pencegah Jenayah Sekolah Menengah Vokasional Sandakan
Melahirkan Insan Yang Terbilang Dalam
Kurikulum, Kokurikulum
Menjunjung Disiplin Dan Sahsiah Mulia
Melalui :
Amalan Sistem Pengurusan Dan Pendaftaran Berkesan
Persekitaran Kondusif
Direstui Kominiti






PENASIHAT KPJ



En.Sarepul Hassim Bin Marop








En.Azrulhisyam Bin Marjuni         Cik Lenne Martinus Menue      Cik Siti Zahirah Nor Binti Yusof


AJK  Induk KPJ

Pengerusi : Mohd Shazuan Safwan Bin Abdullah
Naib Pengerusi : Sabri Bin Yain
Setiausaha : Quratul Ain syahirah binti Ag Ali
Naib Setiausaha : Lisha a/p Bhashkaran
Bendahari : Norsapariah binti nordin
Naib Bendahari : Syahnizam BinSyaripuddin.

Ahli Jawatankuasa

Tingkatan 5 : Shamsul Sangkala
Tingkatan 5 : Marvianah Lilip
Tingkatan 4 : Abdul Razmie
                                                           Tinggkatan 4 : Tarmizi Uto
                                                            Tingkatan 4 : Darwis Hadah

AGENSI –AGENSI YANG BEKERJASAMA DENGAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH.




Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah

1. Ceramah dan Dialog: 
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney

4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah

7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri






Jawatankuasa KPJ

Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah


Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung:
Pengetua/Guru Besar
Penasihat:
Penolong Kanan HEM
Pegawai Perhubungan Sekolah
Guru Penasihat:
Guru Disiplin Sekolah (2 orang)
AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan


Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri

OBJEKTIF KPJ

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.


MOTO KELAB

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

MATLAMAT PENUBUHAN KPJ


1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya  gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.



LATARBELAKANG KELAB KPJ




Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.